Butik Niqab Klang Bagi Diskaun Sampai RM20 Untuk 20 Pembeli Terawal! (T&C)
by
Zhrhs
- September 30, 2019
Assalamualaikum semua!
Korang pernah dengar tak tentang satu butik yang bernama Butik Niqab Klang?
Alhamdulillah, sejak bulan July sis ditawarkan untuk menjadi duta Butik Niqab Klang secara rasminya. Rezeki yang tak disangka-sangka. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya :)
Untuk korang yang masih tertanya-tanya butik ni ada jual apa, kat mana, sis akan explain semua dekat sini ya!
Buat pengetahuan korang, Butik Niqab Klang (BNK) merupakan sebuah butik pakaian wanita yang berkeinginan untuk ke arah seorang muslimah! Hah, macam mana tu? Okay, di sinilah something specialnya. Sebelum kita pergi jauh, kenalkan Founder kepada Butik Niqab Klang lebih dikenali sebagai Kak Ain. Baik sangat orangnya. Kalau korang datang BNK confirm dilayan dengan mesra gituuu :)
BNK juga aktif menjual secara online di instagram. Kalau korang beli secara online melalui Instagram (@butikniqabklang), servis layanan dan balas DM confirm laju dan pantas!
BNK juga aktif menjual secara online di instagram. Kalau korang beli secara online melalui Instagram (@butikniqabklang), servis layanan dan balas DM confirm laju dan pantas!
Butik ni bukan macam butik biasa yang korang selalu jumpa tu, butik ni hanya menjual pakaian-pakaian syari'e sahaja. Seperti tudung labuh, shawl berukuran labuh, tudung bawal (bidang 50,55,60), handsocks pelbagai style, purdah pelbagai warna, stokin, makanan, dan banyak lagi!
Tudung Aesya daripada Butik Niqab Klang
Sesuai untuk ketinggian sampai 162 cm
Tudung Aesya (Cutting tudung labuh koshibo)
Khimar Helwa. Yang ni best sebab dekat tengah tu ada zip boleh buat style bawal.
( Tudung bawal bidang 60 brand Qibtiyyah Exclusive)
Bayangkan dalam satu butik tu ada banyak sangat barang-barang yang susah nak jumpa!
Selama ni banyak jual dekat online je kan? Sekarang ni warga Shah Alam, Klang, Meru, Setia Alam dan berhampiran dengannya boleh walk in je ke butik! BNK ni merupakan kedai berkonsepkan vendor. So, ada banyak brand dan product yang berlainan berumahkan BNK ni hehe..
Selama sis pergi ke BNK secara walk in, butiknya sangat luas. Setiap railing pakaian diasingkan mengikut keperluan kita. Contoh kalau purdah, ada tempat khas untuk purdah. Tudung labuh pun sama akan diasingkan. Begitu juga handsock dan sebagainya.
Butik Niqab Klang terletak di Setia Alam ye. Nanti dekat bawah sekali sis bagi alamat untuk memudahkan korang.
Apa yang sis suka sangat dengan BNK ni sebab ia memudahkan dan membuka ruang dan peluang untuk semua wanita berhijrah dari segi pakaian dengan lebih mudah. Bayangkan, butik ni memang digelar 'One Stop Shopping Centre' khas buat para wanita di luar sana. Semua ada dalam satu tempat! Tak perlu pergi banyak-banyak kedai.
Setakat ni sis dah ada banyak tudung dan handsock daripada BNK. Terima kasih banyak selalu sponsor hehe.
Oh ya! Yang paling bessssttt sangat tentang BNK ni, kak Ain selalu sangat buat SALE and PROMOTION! Now, tengah ada promotion redeem coupon.
Untuk sesiapa yang menggunakan code ZAHIRAHCP20 dan tunjukkan screentshot blog ni, korang just walk in ke butik dan tunjukkan bukti screenshot, nanti akan dapat diskaun RM20! Boleh guna terus tau, tak perlu tunggu next purchase! Best kannnnn! (Hanya valid untuk 20 customer WALK IN terawal sahaja)
Untuk ketahui dengan lebih lanjut, korang boleh tengok instagram BNK :
Instagram : @butikniqabklang
Alamat :
29-2F Jalan Setia Perdana BA U13/BA,
Bandar, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Open :
Isnin - Jumaat : 10 AM - 5 PM
Sabtu - Ahad : 12 - 5 PM
(Atas kedai YL Curtain)
That's all! Thank you sebab baca sampai habis!
Doakan BNK dimurahkan rezeki bisnes selalu ya :)