Short Vacay! : Melaka Best Tak?

by - November 02, 2016

Assalamualaikum!

Setelah beberapa hari tak update blog sebab holiday dengan family suami kat Melaka, harini baru ada masa nak update. Haa, haritu dah janji nak tulis entry tentang holiday kan? So, harini nak tunaikan janji. Suka tak? haha.



Sabtu, 29 okt 2016 : Shah Alam / tak ingat lak gerak pukul brapa.
Ok, akak dengan suami gerak dari Shah Alam naik keta berdua je. Barang-barang dah siap packing sehari sebelum. Haha, terlebih esaited kot. Kitorang gerak ke Kluang, Johor sebab rumah mertua kat sana. Dalam pukul berapa ntah sampai, tapi perjalanan 6 jam! Sebab jemmmm ya rabbi. Salah timing pulak kan. Semua orang nak gi bercuti, ofkos lah jalan jem. So terpaksa lah menghadap jalan jem tu. Memang slow sangat lah bawak. Kalau tak, 3 jam dah sampai dah haha. Alhamdulillah, sampai Kluang semua dah ada kat rumah mak. Nyai (nenek) pun ada sekali hehe.

Ahad, 30 okt 2016 : Kluang.
So, Ahad pagi kitorang dah siap-siap nak gerak. Dalam pukul 11 pagi gitu dah gerak ke Melaka. Perjalanan dari Kluang ke Melaka ambil masa 2 jam jugak sebab stop sana sini ahah. Okay, korang semua mesti taktau kan kat mana akak stay kat Melaka? Haa, ni nak bagitau. Kitorang stay kat D'Nelayan Beach Resort. So far, best sangat. Sebab resort tu walau simple, tapi jarak nak pegi pantai tu sangatlah dekat. Total cost untuk 4 bilik/per night RM300+ camtu. Okay lah kan? Murah kott. Setiap bilik ada 2 katil queen. Haa, siap TV ngan aircond lagi. Beshh beshh haha.


Kitorang sampai kat resort tu awal sikit. Memandangkan check in kena pukul 2:30 pm, maka kitorang pun lepak makan dulu bekal yang dimasak oleh para mak2 dan menantu kat rumah. Haha. Alah, bawa bekal sandwich telur dengan mihun goreng dan nasi goreng je hehe. Seperti yang dijangka, memang licin habis makanan tu sebab semua laparrr gila! Haha. Apa lagi, mak mertua ku ajak pulak semua pegi area Pengkalan Balak. Kat situ berderet gerai yang jual makanan. Ada jugak yang jual baju, pelampung etc. Masa tengah lalu kawasan tu (naik keta), akak ternampak satu gerai tu, makcik tu jual makanan feveret akak. Yakni ketam dan udang! Ya rabbi, dah lah feveret, dia goreng salut tepung pulak tuu. Memang rasa macam nak lompat terjun dari keta je masa tu. Haha.

Kitorang pun parking keta and menuju ke gerai ketam tadi haha. Oh, sebelum tu yang lain pegi beli coconut shake. Dapp gak lah walau tak feveret sgt hehe. So, sebelum akak dengan suami sampai ke gerai jual ketam goreng tu, akak nampak ayah mertua akak dah cop tempat siap ketam ngan udang tu dah terhidang atas meja. Wahaa bestnyaa. Sampai situ terus duduk makan jaa. Hahaa. Thank you ayah! Dan seperti yang dijangka jugak, memang akak sorang jelah yang bantai habis-habisan ketam udang tu. Tapiii harga boleh tahan mahai. Entah berapa ayah order, tanya2 suami harga dia RM40 huhuhu. Memang terbeliak gak mata. hahaha. Tapi, memang sedap. Yang gila seafood macam akak ni je boleh perabih kan. Ouh ya, ketam tu siap ada sambal dia sekali. Yang tu toksah habaq, pedaih nak mampuih. Tapi, tahan jelah. Demi cinta. hahaha.

Ni lah dia yang pedaih tuuu. Sikit kan? Hahha

Lepas habis makan, kitorang gerak semula ke D' Nelayan Resort and its time for check in! Yehuuu. Lepas jaa check in, terus tido tak hingat dunia. Hahaha. Bangun2 je dari tido, dah asar. So, jamak takhir jela. Akak dengan suami je tak sempat mandi manda kat pantai. Sedih gak haha tapi takpa, esok paginya kitorang dapat pegi pantai jugak! Yeayy.



So, malam tu kitorang memang dah plan satu family nak makan ikan bakar. So, nasib ada kedai ikan bakar kat area dekat Pengkalan Balak tu. Dah sampai situ, akak ngan mak dan lain-lain pun pilihlah ikan apa lauk apa nak masak semua. So pilih-pilih total dalam RM300+ jugak makan untuk 10 orang. Boleh lahhh. Tapi yang kureng sikit tempat tu sebab kitorang tunggu makanan sampai almost sejam lebih hahaha. Masa tu muka semua boleh tahan lapar. Akak dengan suami kejap2 jalan kat pantai. Kejap2 tengok gerai lain. Bosan kateko hahah. Setelah sejam lebih, akhirnya sampai juga ikan tiga rasa, sotong goreng tepung, udang butter! Yeayy, menjamu dengan kesungguhan betul! Hahha. Alhamdulillah.


ni udang butter tuu. Manis yakmat!!! sedap!

Masa dah habis makan tu, mak mertua duduk depan akak kata, "kat belakang tu diorang mcm tengok2 yah. Kawan ke?" Bila tengok belakang, semua pakai purdah/niqab. Ok semua macam spesis aku je hahahaha. So memang tak cam masa tu. Kalau diorang nak tegur, ok lah. Nak dijadikan citer, depa tegur akak and rupanya kawan2 akak yg akak kenal kat Insta. Penah jumpa beberapa kali jugak. Hehehe. Depa ada program kat Melaka masa tu hewww. Rezeki dapat jmpaa hehe. ( tak tangkap gambar pungg hehe )

Isnin, 31 okt 2016 : D'Nelayan Resort, Melaka.
Pagi-pagi lepas je solat subuh, terus siap nak pegi pantai. Eksaited dia macam jumpa ketam goreng tu. Hahaha. So, air laut pasang, dalam tak tu memang dalam. Dan paling best akak tak pandai berenang. Best kan? T-T Hanya mampu acah-acah-pandai-berenang je. Haha. Dalam pukul 7 camtu, yang lain semua dah keluar dari bilik. Sebelum akak dengan suami sampai tepi pantai tu, tengok2 ayah dah berenang dah. Hahahah comel gila. Pastu, yang lain pun join. Budak kecik Izzni tu pun nak berenang gak. Haha, nasiblah pacik2 dia suka benor layan Izzni. hehe. Maklumlah, cucu pertama mak ayah. Hehee. Tunggu next pulak (kot) amin. Heheww.

Aktiviti yang kitorang main (ceh acah ada tentatif hahaha), kitorang main bola tampar je dan tanam ayah kat dalam pasir. Depa kata baik untuk rawat orang berpenyakit. Tapi tak tau lebih mendalam lah. So sebelum matahari naik ke puncak kepala haha, kitorang dah siap mandi. Balik bilik mandi lagi cuci kain bersihkan pasir-pasir. Pastu rehat jap, solat dhuha dan siap terus nak check out. Kitorang check out awal sebab nak gi jalan kat Bandar Hilir pulak. Hhee.

Hari yang sama, dah sampai Bandar Hilir, jalan-jalan kat Mahkota Parade. Seperti biasa, akak wajib pegi Guardian. Niat memang nak pi situ nak beli Tofu Mask. Sebab muka memang sunburn dah haha. Lepas dah habis jalan, its time for lunch. Kitorang just makan kat food court. Sebab ramai giler orang kat semua restoran. Food court pun boleh tahan gak tapi redah jelaa.

ni lah dia Tofu Mask tuu. Best je pakai. Wangi macam makanan. 


Haa, ni lupa nak gitau. Masa otw nak pi Bandar Hilir tu, dalam keta mak tetiba cakap nak holiday lagi sehari. Katanya nak mandi kat swimming pool pulak. Haha. Last2, kitorang booked kat Mahkota Hotel. Dekat je kat area situu. So lepas makan, keluar dari Mahkota Parade, kitorang terus ke Mahkota Hotel. Check in dan dapat apartment tingkat 1. Dekat je dengan swimming pool hee. Dalam apartment tu ada 2 bilik tidur, 2 toilets, ruang tamu dan dapur. Memang sesuai untuk family package kan? Hehe. Kalau pilih hotel, masuk2 pintu terus katil. Hmm sempit yakmat kalau mcm tu hee.

Dah check in apa semua, its time for swimming! Yeayy semua mandi kecuali ayah ngan Nyai hahaha. Swimming pool tak ramai orang. Sebab orang dah abis cuti! haha. So, aman jugak lah mandi-manda. Takdak org kacau hehee. Dah selesai swimming, malam tu keluar jalan jap tapi jalan kaki haha. Penat giler. Padahal nak pi Hatten Hotel tu je. Je? Jauh ok. hahaha. Saja round2 nak merasa jalan kaki. Biarpun penat, agak seronok hehe. Tujuan malam tu senanya nak cari makanan untuk mak ayah Nyai kak Long, Izzni yang stay kat apartment. At last, tak jumpa kedai makan dan patah balik apartment, ambik keta terus cari kedai mamak. Hahaha. Tapi akak balik semula ke apartment. Tak sanggup nak ikut lagi hahaha letih oiii.

So, makan malam kitorang nasi goreng kampung telur mata dengan otak-otak. Fuhh sedap otak-otak tu. Awat laa depa beli sikit. Huhu. Ok, dah makan. Rehat jap dan tido!

Selasa, 1 Nov 2016 : Mahkota Hotel, Melaka.
Pagi tu breakfast kat hotel tu je. Lepas breakfast terus nak swimming lagi hahaha. So pagi tu kitorang swimming dalam sejam je. Hahaha lama tak. Okay, dah habis swimming apa semua, kemas2 baju nak balik dahhh. Huhuhu.

So, yang balik Kluang semua family suami. Akak dengan suami balik Shah Alam. Maka, berpisah lah kami kat Mahkota Hotel. Semua ikut haluan masing-masing.. Akak dengan suami tak direct balik Shah Alam. Kitorang gi terus KLIA 2 sebab akak nak jumpa mak akak kat sana. Mak akak nak balik Sabah dah. So, jumpa mak akak, bawa jalan jap, belanja makan, dan mak akak pun check-in nak balik Sabah dah. Sob sob. Nak nangis tau. Peluk erat sangat sebab rindu. Akak duk jauh dari mak abah akak. Depa duk Sabah. Family akak bukan org Sabah, just stay Sabah sebab kerja. InsyaAllah nak suruh pindah sini hehe.

Lepas hantar mak akak, kitorang tak balik rumah lagi! T-T Malam tu pulak suami akak ada show kat UiTM Puncak Perdana. So, direct ke situ dan sampai pukul 11 malam habis program, barulah dapat balik rumah..

Rasa heaven jugak! Balik terus tido. Skincare apa semua tak sempat nak pakai hahaha. Letih sangatttt. So, itulah perjalanan short vacation akak. Alhamdulillah, walaupun banyak dosa, tapi Allah tetap pinjamkan rasa bahagia ni untuk akak. Akak happy sebab dapat luangkan masa dengan family. Terima kasih juga kat suami akak sebab banyak belanja family. Dari penginapan, makan, minyak kete, beli barang mainan, beli kek, semua dia tanggung. Bagi dia, inilah cara dia infaq untuk family kitorang. Alhamdulillah, moga Allah balas syurga buat suami ku. Amin..

Jzkk semua sudi baca! Entry kalini just santai nak cerita pengalaman holiday je. InsyaAllah next entry will be updated soon. Jumpa lagi!


p/s: Gambar takleh ambik tau. Hahaha.




You May Also Like

0 comments