Cukupkah Usaha Kita?

by - October 28, 2016


Assalamualaikum semua, okay ni entry kedua buat harini. Harap takde yang bosan.

Alhamdulillah, semua kerja dah siap. Settle design-design poster and banyak lagi tadi. Allah permudahkan jari ini mendesign dan Maha Pemurah dalam memberi ilham.

Tengok tajuk, dah boleh agak. Atau maybe certain daripada korang dah pernah baca kisah yang hampir sama ni. Maklumlah, kalau sekali dua bagitahu, tak jamin benda tu akan sampai. Apa-apa pun, semuanya bergantung pada pertolongan Allah.

Sebenarnya, setiap hari aku dok fikir tentang hal ni. Why why and why? I think isu ikhtilat, couple, selfie,  make up tebal, aurat terdedah semua ni dah lama dibincangkan dan diulaskan. Malah, some of them ada yang termaktub dalam al-Quran tentang hukum hakamnya.

Entahlah, maybe semuanya berkaitan dengan penerimaan hati.

"Asyik-asyik isu ikhtilat. Orang kat Palestin sana duk perang demi agama, hang sebok cakap isu remeh macam ni!"

"Asyik-asyik selfie niqabis, hey at least diorang tutup aurat lah. Yang dedah aurat tu pasaipa tak tegur?"

Hmm.

Pernah kena macam ni. Dialog tu bukan rekaan. Memang lumrah bila kita cakap pasal sesuatu isu tu, orang lain akan point out pasal isu lain. Derr. Ikutkan, tak kisahlah isu apa orang tengah sampaikan, tapi jangan kita banding-bandingkan dengan isu lain. Isu lain kalau dosa, tetap dosa. Kalau isu yang ni dosa, tetap dosa. Takde point pun tuding jari kat certain isu semata-mata nak tutup lubang dosa.

Ok, dialog tu dia ada kata, "isu remeh macam ni". Baiklah awak-awak yang kata isu ikhtilat, couple etc semua ni benda remeh dan tak perlu diulas panjang, meh baca ni.

Andai kata lah kat dunia ni takde dah orang nak cakap pasal isu 'remeh' ni, siapa lagi nak cakap pasal isu ni kalau bukan kita? Habaq mai sat kat aku. Lagi satu en, kalau lah isu ni isu remeh, pasaipa dalam al-Quran ada ayat tentang zina? Kenapa Allah abdikan ayat tentang zina dalam al-Quran? Tu semua sebab isu ni bukan isu kecil! Nah hakak sediakan dalil dari surah al-Isra' ayat 32;

"Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk."

Ok lah fine, ayat ni dah ramai orang tau. But still nak guna dalil ni. Because its still valid sampai kiamat okay. Cuba korang baca ayat tu betul-betul. Allah sebut 'janganlah kamu mendekati zina'. But Allah tak sebut pun jangan buat zina. Beza kan? So, apa maksud perbezaan ayat tu? Yes, besar bezanya. If dengan 'mendekati' zina pun Allah dah larang dan Allah kata itu perbuatan KEJI, apatah lagi kalau kita 'berzina' ? Then, korang baca ayat seterusnya, 'itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk'. Apa maksud 'jalan' yang buruk tu?

Ok, korang boleh refer buku Tarbiah Sentap 1. Apa yang akak nak sampaikan ni adalah apa yang ada dalam buku tu. Ok let's go.

Bak kata pepatah arab, jalan zina ada 7 jalan. Ikut flow ni; 

1. Pandang-pandang.
2. Senyum-senyum.
3. Bagi salam/tegur.
4. Bersembang.
5. Buat janji temu.
6. Berjumpa.
7. Berzina.

Nampak? Tak nampak lagi? Boleh baca blog Tarbiah Sentap untuk info lebih lanjut. So, nak katakan kat sini kalau lah isu ni tak remeh dan tak setanding isu perang kat Palestin, tapi kenapa still disebutkan dalam al-Quran tentang zina? Nak tahu tak sebab apa?

Sebab harini masalah zina tak settle-settle lagi. Malah setiap hari bertambah-tambah anak luar nikah. Semua ni start hanya dari satu panahan syaitan yakni ikhtilat. Dia panah kita suruh abaikan atau ambil remeh isu ikhtilat ni.

"Tak payah kesah sangat isu ni, kecil je", 
"alah kawan je pun, bukan buat apa pun", 
"kitorang tak duduk sebelah-sebelah pun, jalan pun jauh-jauh." 

Stop with those alasan. Syaitan takdelah noob sangat tau. Dia cucuk kita suruh buat benda yang kekonon macam tak salah. Padahal dosa. Dan sebenarnya itulah 'talbis iblis' (perangkap iblis). Sikit-sikit dia pujuk kita suruh 'dekati' zina. Kan?

Ok done with tazkirah. 
Back to reality. 

Tengoklah anak muda kita sekarang macam mana. Kalau kita rasa semua anak muda kita mulia dan takde isu sumbang mahram semua ni, kita dah boleh tido sampai tengah hari. Tak perlu fikir apa-apa. Tapi the problem is, zina semakin hari semakin tunjuk taring. Anak muda kita sekarang macam mana harini? 

This is the truth; im not blaming anyone. Kalau korang tak setuju, maknanya korang tak nampak lagi what happen in our country ni. Semua jenis manusia akan terlibat dalam masalah ni. So, how to prevent? 

Jagalah ikhtilat. Kalau dah tahu ikhtilat tu dosa, kenapa still buat?

"susah lah nak tinggalkan, cakap senang!" 

Memang cakap senang, buat susah. Tapi mulut kalau bagi alasan je, macam mana? Dan cuba tanya diri kita, cukup tak usaha kita nak prevent diri kita dari gejala ikhtilat ni? Cukup dah ke USAHA kita? Jangan salahkan orang. Diri sendiri tu.

Sedih sangat dengan zaman sekarang. Makin menjadi-jadi, dan makin kurang sensitiviti dalam agama. Tak kesah pasal ikhtilat, siap tayang-tayang lagi 'ikhtilat' dia tu. Berdoalah sungguh-sungguh kat Allah. Minta Allah selamatkan dari fitnah dunia akhir zaman ni. Ye, kita umat akhir zaman. Lupakah kita? 

Akhiri dengan doa, moga Allah terima taubat kita. Amin..

"Ya Rabb, ampuni dosa kami. Ampuni kami ya Allah. Kami hamba lemah, sering buat dosa dalam senyap, kami tahu kami buat apa masa kami sendirian, kami tahu apa kami buat ni berdosa, tapi aku tak kuat ya Allah! Aku tak kuat nak berubah. Kau tolonglah aku, aku mohon, aku nak berubah.. aku nak masuk syurga Engkau.."

Maaf jika ada terkasar bahasa, tersalah maklumat dan sebagainya. Hanya menyampaikan. Wallahu a'lam.



You May Also Like

2 comments

  1. boleh x tulis tentang tajuk hijrah yang berliku..means cerita tentang hijrah from jahiliah to jannah

    ReplyDelete