Daiso Haul : Barang Wajib Beli Di Daiso!

by - January 02, 2019

Assalamualaikum :)

Hari ni i pergi Daiso Aeon Bukit Raja je sebab dekat dengan rumah. Memang selalu pergi situ je and majoriti barang-barang dekat workstation i pun memang dari Daiso. Boleh tengok entry i about workstation dekat sini.


Disebabkan i terima banyak sangat request on how i decorate my workstation, atau barang apa yang diperlukan untuk start up decorate workspace. So harini i ada masa nak share demi korang semua. Tepuk sikit

Sebelum i mula, buat yang tak tahu Daiso tu apa, it's actually nama kedai yang ada jual banyak gila barang dari barang makeup, student needs macam notebooks files stationery, barang-barang rumah, and banyak lagi lah! 

Daiso memang best tapi harga semua fixed price which is Rm5.90 (dulu rm5 je). I ada tips sebenarnya macam mana nak shopping secara berbaloi dekat Daiso sebab even Rm5.90, tapi tak semua barang kat situ berbaloi dibeli dengan harga macam tu like ketip kuku, please jangan beli situ melainkan kalau warna rose pink memang i beli je. Kbai


1) Storage Box


Banyak sangat storage box macam ni dekat daiso. Semua ni sama je harga Rm5.90. Kecil ke besar, sama. I ada storage box ni dekat rumah untuk letak my marker pens and sticker tagging and sticky notes. 


Besar. Tak sure size berapa tapi memang sesuai je untuk letak stationery macam pen semua tu dalam box ni. Senang je nak grab and transparent, nampak dari luar. Student wajib beli ni!


Ni pun storage box. I ada beli juga untuk letak segala skincare atau barang-barang yang i suka campak je. Senang haha. Kalau korang nak letak handsocks ke, socks ke pun sesuai je.


Ni storage box yang sesuai digunakan untuk letak barang-barang yang tak-perlu-diletak-atas-meja. Macam tu lah. Dia macam nak letak apa-apa yang takde kaitan dah dengan keadaan masa tu pun boleh. Miscellious things gitu.



Kotak macam ni pun ada. Kemas je. Betul lah i pernah dengar ada orang quote pasal box. Kalau nak rumah nampak kemas, tak kesah kain baju ke, barang mainan anak ke, semua tu letak dalam kotak insyaAllah nampak kemas je rumah. Hehe. So penting tau box macam ni!


Ada yang style macam ni which means korang kena pasang sendiri kat rumah. I tak beli pun, gambar je. 


Ni takde kaitan dengan storage box. Tapi sebab i kata nak share barang apa yang kena ada untuk deco workstation, this. At least kena ada satu ye. Boleh letak kertas atau barang penting dekat situ. Ada banyak jenis pilihan. Cantik pula tu.


Ni pun takde kaitan tapi saja nak share. I rasa berbaloi sangat beli tape dispenser ni sebab kalau beli dekat kedai lain tak akan dapat harga Rm5.90 ni! Murah and berbaloi sangat. 


2) Stickers Tagging

I berani kata yang stickers tagging dekat Daiso ni antara stickers yang murah i pernah jumpa. Tapi ada lagi yang lagi murah, i beli dekat kedai Eco. Rm2.90 je. Before this pernah jumpa yang up to Rm10. Mahal bagi i. Kalau yang jenis pengumpul tegar, dia beli je tak kisah harga. 



Banyak sangat stickers yang ada. Sticky notes comel-comel pun ada.



I letak semua stickers tagging dalam storage box ni. Senang nak ambil.


Mostly i punya stickers from Eco. Borong haritu sebab terlalu murah dan tak percaya ada yang murah and banyak macam tu! 

Buat yang tertanya, apa function beli stickers ni. Actually i guna stickers ni untuk tag my Quran. Boleh tengok my Al-Quran yang ada stickers tagging ni dekat link ni :


3) Basic home needs


Bagi i, bekas-bekas macam ni sangatlah comel sebab banyak pastel colour hehe. Barang-barang dekat dapur i mostly semua dari Daiso. 


Wiper ni baru beli tadi. Baru nak cuba! Setahu i, wiper ni kena tukar dia punya wipes tu setiap kali nak lap lantai. Nanti i bagi review next entry haha.


Cantik sangat semua ni. Comel sebab pastel colour lagi haha. 


Ni pun bekas yang i selalu beli. Lama juga lah nak pilih. Boleh setengah jam juga berdiri kat situ belek-belek sambil berimaginasi nak letak apa, nak letak kat mana, siapa macam ni kita geng. Hahaha



Ni pun i ada beli. Untuk letak ayam, udang, sotong, cili api, and banyak lagi. Jimat sebab satu set tu ada 3-4 bekas. Untuk suri rumah, benda ni sangat membantu untuk menampakkan peti sejuk tu kemas je.


I panggil ni rack haha. Ni pun ada dekat dapur i. Untuk letak gelas atau cawan. 


Botol ni pun bagi i penting untuk seorang suri rumah prihatin macam i. I selalu guna untuk transfer segala liquid yang jenis penutup botol yang mudah hilang macam pencuci baju vanish tu. So bila dah transfer, senang kerja i. Less stress haha.

Setakat ni itu je yang i nak share. Actually banyak je lagi affordable things yang korang boleh beli dekat Daiso. Make sure before masuk tu korang memang dah ada list atau bayangan barang yang korang nak beli. Usually i selalu cari apa masalah yang i hadap berkaitan rumah. So dari situlah tercetusnya barang apa yang kena beli untuk settlekan masalah tu. Ni boleh dikira tips shopping tak? Hee.

Thank you for reading till the end! If nak tanya apa-apa, boleh tanya dekat comment di bawah.
#Daiso





You May Also Like

2 comments

  1. dan kenapa daiso tak ada kat terengganu. I is menangis . Eco dan mrdiy tu pun dah menghuruhara hidup saya , ini kalau ada daio tak tahu lah

    ReplyDelete
  2. Yeke memang takde ea? Kalau nak apa-apa barang dari Daiso meh pm. Sis jadi personal shopper hehe

    ReplyDelete