#AreefxZhrhs 3rd Anniversary

by - December 28, 2018

Assalamualaikum :)


#AreefxZhrhsAnniversary

Finally, setelah beberapa hari tak berblogging, i dapat pun luangkan masa untuk tulis new entry. It's about our anniversary (my husband and i)! 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Dah 3 tahun berumahtangga. Dah ada anak sorang, alhamdulillah. Malam ni tak ada mood nak tulis sangat tentang our marriage life maybe sebab otak tengah penat. Lain kali okay? 

I just nak abadikan dalam blog ni tentang our anniversary je. Tak hebat mana pun, tak ada surprise itu ini. Just bercuti selama sehari di KL. Hahahah itu pun nikmat tau. Thank you to mama sebab tolong jagakan Zhareef dekat rumah hehe. 

Actually i dengan husband just buat escape plan sehari je dekat KL. Area Berjaya Times Square. Biasa-biasa je. Hotel pun pilih hotel bajet. Sebab nak shopping lebih hehe. Walaupun dekat KL je, tapi itupun satu nikmat paling besar buat kami. Susah sangat nak keluar berdua spend time sama-sama sebab dah ada baby kan. Itupun kebetulan my mom ada dekat sini so boleh dia tolong jagakan Zhareef untuk sehari. Alhamdulillah. 

Ouh and aktiviti kitorang biasa je.

1) Stay hotel bajet (Rm120 satu malam)
2) Makan dekat Banana Bro (Berjaya Times Square)
3) Beli Street Churros (Sedap!)
4) Bowling time.
5) I shopping baju dekat BTS hehe.


Not bad. First time try and i suka dia punya sotong tepung tu. Tapi servis slow sangat. 


Currently our favourite food haha. Zauj pun dah terjebak :P

Itu je aktiviti kitorang untuk sambut anniversary. Tahun sebelum ni percaya tak kitorang tak sambut pun haha. Just ucapan jelah hahah. Until now kitorang pun tak tahu kenapa tak pernah sambut anniversary maybe sebab last year i busy pregnant. Mood takde sangat hahaha. 

Cerita pasal anniversary, tapi tarikh tak bagitahu. Apelahhh hahaha.


I memang suka gambar shadow. Jangan pelik eh 

Actually anniversary kitorang on 24th December 2019. Sambutnya keesokkan harinya. And hari ni baru sempat update. Kebetulan 27hb haritu suami ku punya birthday. Helok dekat je tarikh dia. Sambut sekaligus senang, jimat duit. Hehe.

And actually haritu i ada tanya dekat Instagram i, dekat story. Kekonon nak tanya followers nak minta cadangan nak bagi hadiah apa untuk husband. 






So ni respon followers i hahaha. And guess what apa yang i bagi dekat husband?

Tunggu next entry! 


Thank you, jazakallahu khairan kathira buat semua yang mendoakan kami berdua bahagia hingga syurga. Doakan hubungan ini kekal walau apa rintangan yang kami hadapi sekalipun. 

Thank you Allah, untuk bahagia ini. 

Thanks for reading, jumpa next entry!

#AreefxZhrhsAnniversary


You May Also Like

0 comments