3 AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK PELAJAR LEPASAN SEKOLAH

by - December 26, 2018



Assalamualaikum :)

Bila tengok last update entry, rasa macam betapa sibuknya sampai tak sempat update blog dan media sosial. So hari ini i nak share 3 AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK PELAJAR LEPASAN SEKOLAH. Tak kesah lepasan SPM ke, STAM ke, boleh dan sangat digalakkan.

1. BISNES ONLINE 

Yang ni serious i tengok dah ramai anak muda yang berani berbisnes di usia muda. Tabik 3 spring jap. Lagi-lagi yang niat dia memang nak tolong mak ayah, tak nak minta duit mak ayah, atau nak buat simpanan untuk kahwin. Haha k gurau.

Korang please jangan buang masa lagi dekat rumah qada' tidur, main game. Go, buatlah bisnes online. Sekarang ni semua platform dah ada. Tinggal nak tak nak je. Jadilah dropship buku ke, agent ke, stokist ke. Jual baju-baju preloved ke, jadi affliate certains website or application ke, personal shopper, blogging ke, banyak ni i dah list kan. Kalau tak tau nak buat apa juga i pun pening haha. 

Percaya tak, i lepas je SPM dulu, terus buat bisnes dengan kawan i Rishya. Kitorang jual baju bundle dan preloved. Gigih pergi photoshoot setiap hari dan Rishya setiap pagi dah datang rumah i untuk 'kerja'. And seminggu je kitorang bisnes dapat sales RM700! Wow tak wow. Rm700 tu besar tau bagi budak lepasan sekolah macam kitorang yang biasa pegang duit Rm5 pegi sekolah :')

Stop it habiskan masa stalk lelaki/perempuan, tengok drama, nangis sana nangis sini membazir tisu, gossip memanjang, food hunting tapi pakai duit parents, berhentilah jadi orang yang mengeluarkan duit, now start jadi someone yang hari-hari gain moneyyhhhh.

2. JOIN KELAB NGO/USRAH/MAJLIS ILMU

Aktiviti ni sangat best! Percayalah korang dah busy sepanjang 5 tahun sekolah, ulang alik pergi sekolah, balik rumah buat kerja sekolah sampai sibuk tak sempat nak join kelab persatuan, usrah atau majlis ilmu. So why not korang cari dekat sekitar kawasan korang tinggal tu ada ke tak kelab khas untuk remaja sekolah, usrah ke, majlis ilmu ke, kuliah dekat masjid ke. Jadikan benda ni as rutin harian atau minggu korang. Isikan masa lapang dengan aktiviti kerohanian ni. Penting sangat, supaya masuk universiti nanti takdelah korang loss atau blur tak tau nak buat apa selain 3K (Kuliah, Kafe, Katil tidur).

I actually dah terjebak dengan kelab NGO, usrah semua ni sejak dari lepas SPM. Memang aktif sangat. Pergi surau untuk usrah. Program tarbiyah tiap bulan. Until now, alhamdulillah even dah ada anak, still produktif macam dulu. Prinsip i, anak bukan penghalang untuk jadi seorang produktif. Sampai sekarang still ada usrah, join Kelab Remaja Ikatan Muslimin Shah Alam so every month akan buat program untuk pelajar sekolah. Seronok tau sebab bila bersama-sama dengan orang yang hala tuju dan tujuan hidup dia sama dengan kita, kita tak akan rasa keseorang pun dan akan sentiasa ada kekuatan untuk terus berdakwah :)

I ada sebut kan i sekarang join kelab apa. Ok aktiviti ketiga ni antara program yang i dengan team lain akan buat untuk lepasan sekolah. 

3. KARNIVAL LEPASAN SEKOLAH 

Korang tak akan jumpa karnival lain sebab hanya Kelab Remaja ISMA (KRIM) je buat 'Karnival Lepasan Sekolah' ni. I dengan team cover part Shah Alam dan Subang Jaya. I akan explain dengan lebih details tentang karnival ni. Yang paling best, even korang stay dekat Perlis ke, Sarawak ke, Sabah ke, Johor ke, korang pun boleh join Karnival Lepasan Sekolah (KLS) ni. Sebab KRIM anjurkan KLS ni di seluruh Malaysia. 

Untuk yang stay dekat Shah Alam dan Subang Jaya, korang boleh refer poster ni untuk info lanjut. If berminat nak join, boleh segera daftar dekat i. Last sekali nanti i akan bagi link untuk pendaftaran.


Poster Rasmi Karnival Lepasan Sekolah anjuran ISMA, KRIM, PEMBINA, i-GURU, BLN dan Masjid Al-Falah USJ 9.


Apa yang korang akan dapat melalui karnival ini? Baca poster di atas! 


Kalau korang dari negeri selain Selangor, korang boleh tengok tarikh KLS di setiap negeri masing-masing. Alert tau jangan sampai terlepas peluang ni! Setahun sekali je.

Selain daripada tu, korang pun akan berpeluang berjumpa dengan barisan artis Tarbiah Sentap seperti AREEF, TV DAKWAH, RABITHAH dan ZHRHS (hahahah) . Kami semua akan turut berada di sana. Nak beli buku pun boleh hehehe. 

Paling menariknya, i dah join 3 tahun tau program KLS ni, paling best ada slot untuk korang ke ruang pameran kerjaya. Dekat situ nanti akan ada penerangan tentang kerjaya yang korang minat. Contoh kalau minat nak jadi lawyer, akan ada lawyer explain tentang kerjaya tu dekat korang. Boleh tanya pelbagai soalan. Kalau nak jadi doktor, akan ada doktor dekat situ untuk share experience jadi doktor and so on. 

Best sangat. Rugilah kalau lepaskan peluang ni. Kalau i boleh undur masa, i pun nak jadi peserta KLS ni. So, dah boleh bagitahu parents masing-masing tentang program ni. Ye lah, nak dapatkan keizinan untuk pergi kan ofcourse kena tanya parents dulu. 









BERMINAT TAK? JELES KAN KALAU KAWAN JOIN TAPI KITA DEKAT RUMAH JE. 

KARNIVAL LEPASAN SEKOLAH (SHAH ALAM & SUBANG JAYA)
TEMPAT : DEWAN MASJID AL-FALAH USJ 9
MASA : 8 PAGI - 5 PETANG 
TARIKH : 26 JANUARI 2019

YURAN : RM25 SAHAJA / DAFTAR BERKUMPULAN (RM20 /SEORANG)

PENDAFTARAN ONLINE : 

Tarikh tutup pendaftaran : 23 Januari 2019

Sebarang pertanyaan (whatsapp) :
018-7674007 (Kak Zahirah)

IKUTI KAMI : 
Instagram : @remaja.shahalam


JUMPA DI SANA ADIK-ADIK SEMUA! 

You May Also Like

0 comments