Sabah Trip : Tempat dan Kedai Makan Best Dekat Sabah!

by - January 16, 2019





Rasa lama sangat tak update blog. Been busy for so many thingggsss. Memang rabak dan otak pun hampir jem. 

So last week kot, i balik Sabah. After 3 years tak balik so tahun ni ada rezeki lebih dapat balik. Kat Sabah ada parents i. Why diorang kat sana? Sebab kerja. Dah lama pun duduk kat Sabah, almost 16 years. So dah boleh cakap sabah pun. 

I just nak share apa yang i buat kat sana, pergi mana, makan kat mana, kedai mana yang best. So sila baca sampai habis siapa yang ada niat nak pergi Sabah terutama KK.

Before that, flight kitorang 7 januari 2019 pukul 4:10 pm macam tu. Saja ambil petang sikit sebab nak bagi Zhareef tidur dalam flight. Awal-awal nak masuk tu dia tidur. Tapi disebabkan airplane tu lambat bergerak, dia pun bangun. Errh

(Tips pilih masa flight yang ada baby, pilih waktu biasa dia tidur. Kalau biasa tidur waktu tengah hari, beli tiket tengah hari)



awal-awal je tidur. lepas tu bangun!


Ni antara mainan baru yang i tak tunjuk kat dia. Means, dalam flight baru buka plastik semua. So dalam 10 minit jelah dia main.. lepastu sepah haha.

Last, i entertain him dengan tengok tingkap, last sekali kalau tak jadi juga, terpaksa keluarkan fon yang dah siap download video.....

Sebenarnya tak ingat sangat flow kejadian kat sana, i tulis jelah mana yang ingat. Keesokan tengah hari kitorang lunch dekat kedai makan Restoran Mail D'Putih. Unik sangat sebab makanan tengah hari ada Lobster goreng, udang galah goreng, sotong goreng tepung, kari kepala ikan, ketam goreng, ketam masak lemak, and banyak lagi!

Restoran Mail D'Putih 

Location : Taman Pasir Putih, Putatan
Total : RM110 untuk 6 orang makan.




Before makan kat restoran ni, kitorang sempat jalan kejap kat Taman Teluk Villa. Ni kawasan rumah i dulu. Setiap 10 minit mesti akan ada airplane lalu atas kepala. Dekat sangat! Kat depan rumah ada laut tau. 

Petang tu jalan-jalan dekat Imago Shopping Mall. Antara mall yang best sebab ada hampir semua yang i selalu shopping haha. Kalau nak cari Sephora, Victoria Secret, Mr.Diy, Daiso, Yubiso, semua ada kat situ. Perfect! 

Dah habis jalan kat mall, kitorang jalan dekat Oceanus. Tempat ni sesuai pegi waktu petang sebab tengok sunset best kat situ. I pegi situ sebab nak makan dekat Nunpat je. Hehe

Caramel Bingso dan Chocolate Bingso. 
Satu mangkuk boleh share 3 orang. 
Price : Rm17/bowl
Yang roti tu paling sedap. Tak ingat nama dia tapi harga Rm15 rasanya.

Very recommended!







Zhareef excited tengok rumah berlampu kat seberang sana.



Jalan sekitar Putatan. Tempat i membesar.



Belah kanan tu Pan Borneo. Sebuah hotel. Baru lagi tu, masa i kat sana takde pun benda best2 hahah.

Bundle

Location : Putatan
Buka : Sabtu dan Ahad


Untuk peminat bundle, kalau korang datang Putatan, sila pastikan korang ada dekat Sabah hari Sabtu atau Ahad sebab ada Bundle dekat Putatan! I menyesal gila sebab tak beli tiket hari Sabtu atau Ahad. Melepas pergi bundle! 

Yang ni bundle hari Jumaat. Tak best pun. Yang best dekat depan Mr.Diy tu (yg ada kat sana tahulah)



Jesselton (Tapi tak tahu nama kawasan street seafood stall ni)

Seafood time! Kalau pergi Sabah wajib makan seafood!
Yang ni kitorang makan dekat area Pasar Piliphin tu. Dekat2 dengan Jesselton juga. Kat situ macam ada berderet kedai makan seafood. Kawasan terbuka lah. Bukan dalam kedai.




Kerang dia besar !


Kitorang order kerang bakar, udang masak butter cair, latok, sotong goreng tepung, ikan bakar, and ada lagi satu tak ingat apa nama dia. Scallop masak tiram kot? Entah lah tapi semua sedap!

Bakso


(ok gambar i malas nak rotate)

Kat Sabah pun wajib makan Bakso! i ngidam bakso yang masa zaman sekolah dulu tu tapi dah takde. So makan jelah bakso apa-apa pun asalkan merasa haha

Chicken Wing 



Chicken Wing! Antara makanan wajib juga kalau pegi Sabah. Please jangan tak makan hahahah sebab rugi tau! Sedap sangat chicken wing kata sana. And senang je jumpa. Actually sampai je Sabah, malam tu kitorang terus makan Chicken Wing ni haha

Kedai Kopi Pak Din

Location : Sinsuran, KK


Okay ni lagi lah sedapppp!! Makan malam kitorang Ikan bakar, nasi putih, sambal belacan, latok, dan sup ikan je. Tapi sedap sedap sedap!!!! I paling suka latok! Ramai tanya i apa rasa Latok tu. Latok ni sejenis rumpai laut juga. Google jelah. Rasa pun tak pelik. Lagi ummph bila cicah dengan sambal tu!

Kak Kiah Coffee House 

Location : Royal Plaza Putatan




Finally dapat pun makan kat kedai femes kat Putatan ni. Ada macam-macam homemade cake, meatball, lasagne, spaghetti, bread pudding dia sedap, nuttela pie pun sedaappp! 

Pasar Philiphine

Location : Kota Kinabalu 







Last sehari sebelum balik Semenanjung. Memang dalam list nak shopping kat Pasar Philiphine ni. Wajib beli amplang, belacan, and ikan terubuk masin, ikan bilis, udang kering. 

Kalau nak beli brooch pin tudung atau gelang mutiara, beg rotan ke semua ada kat situ. Best!

That's all. Yang nak pergi Sabah tu happy vacation! 

You May Also Like

0 comments