New Planner : For Doodle Lovers

by - January 21, 2019

Assalamualaikum :) 



I kan suka share benda best-best hehe. Semalam i ada upload a new planner dekat story instagram dan feed. Lepastu for sure memang akan ramai lah kan yang tanya beli kat mana and so on. Nasib korang i sedikit rajin pagi-pagi ni dan takde kerja sangat. So let's! 


Planner ni i beli dekat booth KLS semalam. Actually dah lama aim dekat instagram, tapi sebabkan online so dia jadi cam malas sikit.... But alhamdulillah, Allah jodohkan juga i jumpa and beli planner ni. Thank you zauj belanja haha 

What i love about this planner :

Hardcover! Sometimes i suka planner yang hardcover sebab i paranoid sikit bab-bab kulit buku terlipat lah, terkoyak lah. So kalau hardcover at least boleh elakkan kejadian macam tu berlaku kan...

Planner ni ada satu warna je. Sadly bukan warna pink. Tapi i suka je warna purple ni since ia termasuk dalam kategori warna pastel juga kan. 

Lagi satu, planner ni full with doodles. Rasanya semua ni founder dia yang lukis kot. Nanti last sekali i bagitahu nak beli kat mana. Oh and jenis kertas biasa je tapi a lil bit tebal berbanding kertas putih biasa tu. Maybe yang ni 80gsm kot. Main hentam je haha.


I suka this part. Boleh tulis terus semua yang importants without letak tarikh. 


Yang ni macam biasa dekat semua planner ada kan. Tips tulis planner is, korang ambil masa dalam 30 minit macam tu untuk tulis semua plan korang dekat tarikh-tarikh tertentu. Jadi ke tak jadi itu lain cerita. Nama pun plan kan? Apa-apa pun Allah's plan is always the best. So jangan kecewa kalau tak jadi seperti yang dirancang. 


Ada slot macam ni juga. Basically ni planner type islamic. Ofcourse lah kan and i memang suka planner macam ni. 


Mutaba'ah Amal. For those yang tak tahu apa tu mutaba'ah amal, ni macam checklist amalan ibadah kita lah. Tak perlu lah lepas dah fullfil semua ni lepastu upload dekat instagram... tak-payah. You know why. So, dengan adanya mutaba'ah amal ni korang boleh lah ukur sendiri level iman korang macam mana hehehehe.


Yang ni unik. Selama i beli planner tak pernah ada part ni. 'Quran Quote of The Day'. So yang selalu baca terjemahan al-quran tu korang boleh lah drop down dekat part ni. At least penuh juga lah kan isi ruang sini.


Sebagai seorang ibu yang ada anak, amat struggle ye nak hapai sekarang. Sikit-sikit dapatlah. i bukan hafizah. I hanya manusia yang ingin ke syurga. Itu jee. 

Yang bestnya part ni, kat belah kanan tu korang boleh lukis sesuatu yang boleh mengingatkan korang terhadap sesuatu ayat tu. aaaa faham idok?


Part ni akan ada di setiap bulan hujung page. Boleh lah buat self-reflection korang sendiri. Tulis lah amal yang terbaik bulan tu korang dah buat contoh qiam ke, sedekah half gaji korang ke... haha 


Banyak tau doodle dalam planner ni. So kalau bosan menulis ke boleh lah selak-selak page lain tengok doodle pula. 


Kita ni kan ada juga perangai yang tak elok kena reflect and ada benda yang kita fikir nak buat tapi kadang tak sempat atau sebab fikir banyak sangat sampai tak jadi nak buat. So why not try untuk list down semua bad habits (untuk muhasabah, jangan malu, jgn tunjuk planner ni kat org) , and list semua kebaikan yang kita nak buat. I yakin cara ni akan jadikan kita lebih bersemangat nak berubah. InsyaAllah.



Part gratitude ni pun best. Tulis lah segala benda yang korang nak. Minta dekat Allah. Tulis satu-satu. Ada masa nanti buka balik planner ni, baca sambil sebut nama-nama Allah. 


Last sekali, akan ada bahagian ni. Nak tulis apa-apa yang terlintas di fikiran masa tengah tulis planner ni. So tulis jelah kat belakang sekali. 



Pros : 

- Planner tak tebal sangat and ringan. 
Which is i suka. Sebabkan hardcover so i rasa sangat secure. 
- Price RM35. Affordable lah. Kalau beli online kena tambah postage.
- Warna pastel and doodles. I memang pencinta pastel and doodles lagi2 doodle islamic.
- Sebab dalam dia semua berwarna and colourful! Tak bosan lah.

Cons : 

- Planner ni takde blank page dekat setiap bulan. Hanya penuh dengan doodle dan slot yang memang dah disediakan ruang untuk tulis. Tak rasa freedom lah nak menulis apa-apa yang sparks di fikiran masa tu. Ada kat belakang je tapi macam susah nak kena selak belakang page and jauh.. you know what i mean kan..
- I tak sure senang ke tak nak dapatkan secara offline. Yang i beli ni pun rezeki je ternampak dengan booth KLS.

Rate : 4.5/5

Boleh beli secara online di instagram @spreadsalam atau website www.spreadsalam.com

Thank you! Anything please drop down your comment below. Dah lama tak baca komen, korang ni tau baca je. 

*Bukan sponsored. Ni beli sendiri pakai duit suami. 

You May Also Like

0 comments