Cara Edit Gambar Guna Preset Adobe Lightroom (Apps)

by - June 13, 2019

Assalamualaikum readers!



Lately ni i terima banyak sangat permintaan dan pertanyaan mengenai cara i edit gambar-gambar dekat instagram. Sebab terlalu ramai yang tanya, jadi dikesempatan ini i rajinkan diri untuk buat tutorial edit gambar menggunakan preset.

Kejap, preset tu apa

Okay, senang nak fahamkan preset tu sama je macam filter. Akan ada adjustment tone, saturation, brightness, contrast etc. So faham dah kan preset tu apa? Cumanya, usually dalam Adobe Lightroom ni lebih menggunakan term 'Preset'. Korang tak akan jumpa perkataan 'filter'. 

Apa yang perlu diperlukan untuk mulakan edit gambar? 

1) Install apps 'Adobe Lightroom' dalam smartphone korang. Available untuk android dan juga apple user.


2) Yang ni ada 2 options. First, korang boleh je cari preset percuma dekat website. Tapi i tak pernah try lagi yang ni untuk version fon. I cari preset percuma dekat website untuk guna dekat laptop je. 

Option kedua, BELI PRESET. Okay, nak gambar lawa kan? Nak gambar cantik macam instagrammers lain kan? Nak gambar jadi lain daripada yang lain kan? Mestilah kena invest sikit. Tak mahal pun preset. Ada yang jual dari Rm5-Rm50. 

I beli preset masa raya haritu. Kebetulan time tu instagram tu ada buat Promo Raya. I dapat beli RM45 untuk 300+ presets. 

I beli dekat instagram @tukangpreset. Tapi, i tak recommend sangat sebab certains preset je i dapat download. Yang selebihnya dah cuba banyak kali tapi error. Tak tahulah kenapaa. 

So maybe boleh try instagram lain yang jual preset. Korang type je 'preset' dekat ruangan search di insta tu. Nanti akan jumpa banyak igshop yang jual preset. 


Bila i dah beli preset dekat instagram ni, dia akan bagi i presets semua tu melalui email. Depends pada instagram lain, ada yang bagi melalui whatsapp. 

Cara guna, tutorial semua tu owner shop tu sendiri akan ajar. So, i rasa i tak perlu ajar kot dekat sini. Sebab, lain igshop lain cara dia akan ajar.  Bab ni, korang jangan risau, kalau tak faham ke tanya je penjual tu sampai korang faham. Sebab dah bayar kan.

Nampak perbezaannya? Nama preset ni 'Caffein'. Ok dah bocor rahsia. Lepasni confirm ramai gambar sama hahaha. Takpelah, i redha. Tapi still depends on lighting juga tau. Kalau tak sesuai ke, pepandai adjust.


Kena pandai adjust dekat sini juga untuk bagi nampak gambar lagi cantik. Kalau gambar korang macam noisy ke, tu maknanya gambar korang kurang lighting. Nak results yang cantik, tangkap gambar kat luar ye. Pakai sunscreen! Hehe.

I rasa dah cukup kot sampai sini. Kalau still tak faham boleh comment dekat bawah nanti i reply okey!

I beli preset di :

Instagram : @tukangpreset 
Price : Rm40+ dapat 300+ preset.

Selamat mencantikkan feed instagram korang! Comment sikit kalau dah baca sampai habis! 

*take note, preset ni hanya boleh digunakan untuk apps Adobe Lightroom sahaja. Apps lain seperti Adobe Photoshop, Vsco, etc tak dapat guna.








You May Also Like

0 comments