Obsess Cosmetic ~ Cushion Treatment Foundation Review

by - June 10, 2019

Assalamualaikum semua!


Siapa peminat cushion foundation kat sini angkat tangan! Hari ni i nak review satu product local (Malaysia) yang tengah hype iaitu Obsess Cosmetic. Before this i memang suka pakai cushion foundation, and bila baca review kak Ainan Tasneem terus rasa nak try! Cuba teka bila i beli? Malam tu juga tauuu. Nasib ada orang Skudai boleh COD tengah malam time tu. Btw, Skudai tu rumah Mil ye. 

Actually i beli cushion foundation dengan cushion lips. Tapi i nak review foundation je. 


Brand : Obsess Cosmetic 
Type : Cushion Foundation
Price : Rm59
Code : Light
Availability code : Light, Medium, Dark 

Btw, ni packaging baru! Yang lama punya bentuk bulat. Yang ni petak.


Packaging dia sangat comel. Pink lover mesti terpikat dengan sekilas pandang.


Boleh check ingredients dekat belakang kotak packaging.

Kulit i takdelah putih or cerah mana pun. Tapi bila i tengok review Fatin Zakki dekat Youtube, dia pilih code Medium and dia kata nampak gelap sikit bila pakai. So i macam risau pula kalau pilih code medium. Last-last pilih code Light. 

Surprisingly, code Light match my skin. Sesuai je. Tapi make sure kena pakai sikit. Macam secalit dekat pipi, secalit lagi dekat dahi lepastu blend rata satu muka. Jangan tebal sangat, nanti jadi kelabu!

Results 



Honestly, i memang terkejut sebab muka nampak glowing! Bukan berminyak tau. Memang glowing. Sebab bila pegang je kulit macam tak rasa pakai foundation. Means, tak berat. Foundation ni memang light-light je.




Sesuai nak cover eyebag, nak cover kusam ke. Pakai sikit pun memadai. Even i pakai purdah, i pakai je foundation. Dalam beg memang ada je make up remover so memang kalau nak ambil wuduk pun i kena remove sebab basically memang kena remove sunscreen pun.

Apa-apa yang berlayer di permukaan kulit kita, wajib cuci bersih before ambil wuduk. Even sunscreen pun. Take note! 



I tunjuk close up bahagian dalam. Cushion foundation paling best i pernah try! 


Ni warna untuk code Light. Nampak putih sangat kan? Sebenarnya kalau pilih foundation, ada tips i dapat daripada Beauty Youtuber diorang kata pilih code yang cerah sikit je dari warna skin kita. Jangan pilih yang memang warna skin kita. Sebab nanti dia akan oxidised sendiri and memang akan match our skin perfectly. Sebab tu, kawan i yang pilih code medium, dia kata nampak makin gelap dari skin asal. 



Sponge dia macam biasa je, korang boleh je tukar pakai beauty blender. Tapi kalau nak senang bawa kemana-mana pakai je sponge yang disediakan ni.

Overall, i bagi 5/5. Memang best sangat. Worth buying. Selama ni pakai cushion foundation yang lain tak pernah rasa nak buat review macam ni. 

If nak beli cushion treatment foundation ni,
korang boleh beli dekat instagram : @obsess.cosmetics 

atau 

Website :

Thank you baca sampai habis! Next nak review apa pula? :heart:

You May Also Like

0 comments