2 APPS TERBAIK UNTUK EDIT GAMBAR

by - December 22, 2018

Assalamualaikum semua :) 

How was your dayyyy? Actually harini family belah suami dekat Johor ada buat majlis doa selamat dan kenduri aqiqah untuk Zhareef dan baby Akhyar. So fahamlah kan penat dia macam mana. Tapi tak kesah sebab balik terus tidur hotel! Yeah and now dekat hotel dan nap kejap terus fresh. Tu yang ada mood nak update blog ni. 

So since sejak tahun ni ramai yang perasan feed dekat instagram i dah berubah. Dari segi editing and filter. Almost everyday i terima soalan yang samaaaa je. Kadang i rajin balas, i akan explain je terus. Kalau malas, i biarkan je hahah jahat gila. 

Ok tapi harini i nak buat satu entry khas untuk menjawab soalan yang berulang ni. 


Lebih kurang macam ni lah soalan yang i dapat almost everyday hahaha. Maaf kalau i tak jawab soalan dengan bersungguh sebab rasa tak mampu dah nak balas satu-satu :'D


Yang ni soalan yang ditanya dekat question masa i open for Q&A. Tapi macam biasa, tak mampu jawab semua T_T

So, basically bulan ni i ada 2 apps yang i suka and kerap guna. Dah bersedia untuk tengok apa yang i share?! Haha


1. SNOW 

Apps SNOW ni available untuk Iphone and Android user. Ouh before i lupa, i pakai Iphone. So ada certain apps yang i nak share ni hanya untuk Iphone je. Okay, apps snow ni basically akan bagi effect PASTEL. Mostly gambar i sekarang dekat instagram tengah guna filter snow. 

Feveret i pakai filter S1/S3 ataupun Alright/Clean. Apa-apa pun, lighting juga yang paling penting ye. Itu kunci kejayaan sesuatu gambar hahaha. Okay, boleh tengok perbezaan gambar di bawah. 


Yang kiri, pakai filter dekat apps SNOW. Kanan pakai filter fade (iphone's filter)

Nampak kan jauh sangat beza? Yang SNOW akan jadi girly sikit. Kalau nak yang gelap-gelap, try filter fade. 

2. IPHONE's FILTER (FADE) *Available for IOS 10 and below only.

Filter ni lah yang palingggg ramai yang suka. I pun suka gila filter FADE ni tapi sayangnya filter ni ada dekat iphone je and yang dah update IOS 12 memang tak dapat dah guna filter fade. And now, i pun tak dapat dah pakai sebab dah update. Sedih gila tapi hidup perlu diteruskan hahaha.

Ni contoh gambar yang i guna filter fade.




Nampak kan tema dia macam mana? Gelap2 gitu.


Tapi, i tak risau sangat bila nak update ios tu walaupun beribu kali fikir nak update ke tak hanya kerana filter fade! haha. Okay, i tak risau sebab i dah discover yang ada satu apps ni ada filter fade sebiji macam Iphone. Tapi, sama juga, only for Iphone user only huhu.


3. PHONTO 

Yes, inilah apps yang dimaksudkan itu. Kalau dah takde filter fade dekat Iphone korang, boleh lah install apps Phonto ni. 


Guna filter fade tu ye. Sama je macam dekat Iphone tu. 

So itu jelah apps yang i selalu guna untuk edit gambar. Ingat! Paling penting apa-apa pun mesti lighting cantik. Pepandai adjust saturation, brightness, contrast semua tu. Kena rajin lah ye. Put some efforts hehe. 

Semoga berjaya! Thanks for reading. (kalut sebab bateri nak habis and malas charge. bye)



You May Also Like

0 comments