Alhamdulillah, 2018.

by - December 21, 2018

Assalamualaikum :)

Ya, Allah. 

Terima kasih.

Sebab.

Baby dah tido, boleh update blog! 

Okay, hi semua thank you sebab masih lagi sudi nak baca blog aku yang serba baru dan kekurangan ni. Still berusaha untuk improve and perbanyakkan update sebanyak mungkin entry hehe. So actually, malam ni takde nak share tips ke apa, just nak buat post sempena nak tinggalkan tahun 2018 dan masuk tahun 2019.

Alhamdulillah. Kalau ditanya, tahun yang paling mencabar tahun bila, i would say tahun 2018. Yep, tahun yang mana aku belajar banyak perkara. Yang paling utama tentang KOMITMEN. Sebenarnya ramai yang tak tahu usia aku berapa. Umur aku selalu rahsiakan. Ada yang tahu, ada yang masih tertanya-tanya. Sebab aku kurang gemar beritahu tentang umur. Bagi aku, privasi. Jadi, senang kata aku ni muda lagi. Tapi, aku sudah ada sebuah keluarga kecil iaitu seorang suami dan seorang anak lelaki. Kalau kata aku nikah muda, ya. Aku nikah usia masih belasan. Dan dikurniakan seorang cahaya mata di usia 20-an. Muda lagi dan awal kan? Alhamdulillah. Maka, bermulalah kehidupan aku sebagai seorang isteri dan ibu. 

Pada mulanya aku sangka ia semudah membaca teori. Rupanya hidup lebih kepada pratikal. Membaca buku untuk dapat ilmu itu mudah, tapi untuk amalkan ramai yang tersungkur. Aku salah seorangnya. Yang mana walaupun aku seorang penulis, tapi atas dasar seorang manusia biasa aku juga pernah jatuh dan gagal dalam hidup. Aku tak sempurna, kerana itu aku perlu proses pembelajaran daripada kesilapan yang aku buat. Di situlah aku belajar kenali diri aku sendiri.

Dahulu, waktu zaman bujang aku memang kurang komitmen. Hanya fikir nafsi-nafsi. Dapat duit, aku habiskan sendiri. Tapi hari ini, dengan adanya keluarga dan dakwah, banyak aku korbankan. Dari segi masa, keseronokkan, kepenatan, me time, perasaan, banyak aku korbankan. Dan ia bermula selepas aku menjadi seorang ibu. Jujur, amat perit tapi itulah dakwah, kalau seronok itu bukan dakwah. Dakwah ini perlu ada rasa sakit, perlu ada rasa risau dan dari situlah segala kerisauan akan bertukar menjadi suatu kenikmatan dalam kesusahan. Hanya orang yang berbuat dakwah, yang ada komitmen yang banyak sahaja akan rasa 'nikmat dalam kesusahan'.

That feeling sangat berbeza dengan orang yang hidup dia follow the flow tanpa ada sebarang masalah. Tapi impossible, sebab setiap orang mesti ada masalah hehe. Ouh dan apa yang aku dapati bila aku dah ada anak, aku mula belajar untuk appreciate masa. Sumpahlah, aku pernah menangis gara-gara aku menunggu orang yang tak tepati masa sebab aku tak dapat buat benda yang aku nak buat. Dalam otak aku masa tu bergeliga nak buat macam macam perkara. Tapi sebab aku tiada tools dan bahan, aku loss tak dapat buat apa apa.. Sampai menangis beb. 

Betapa aku rasa setiap masa yang berlalu itu sangat mahal. Betul lah pepatah arab, الوقت كالسيف، ان لم تقطعه قطعك "Masa ibarat pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, kamu terpotong olehnya." Pepatah ni aku dapat masa kelas bahasa arab form 5 dulu. Dulu aku tak faham sangat pepatah arab tu. Tapi bila dah ada suami, ada anak sorang baru aku tahu makna pepatah ini.

Mungkin yang kurang komitmen sebab masih di bawah jagaan mak ayah belum rasa lagi fasa ni. Nanti-nanti pasti akan rasa juga. Jadi, hargailah masa yang ada. Sebab bila dah ada keluarga ni, nak tidur pun fikir sepuluh kali. Sebab terfikirkan nak buat kerja atau rehat. Kadang nak makan pun terpaksa berkorban. Bergilir-gilir suapkan anak dengan diri sendiri :)

Mahal kan masa?

Sampaikan dalam al-Quran pun ada surah al-a'sr. Bercerita tentang masa.

Dan kita hanya akan start appreciate sesuatu itu bila kita dah kehilangannya. Same goes to people. Bila orang dah tiada, baru dicari raganya.

Ada lagi yang aku nak tulis, hope tak bosan lah. Berceritakan tentang dakwah. Aku rasa tahun ni baru aku rasa struggle untuk turun padang. Selama ni aku tak ada rasa semangat nak turun padang buat dakwah betul-betul. Tapi, sekarang pun masih sikit saja aku buat berbandingkan orang lain di luar sana yang jauh lebih hebat dan thabat. Aku paling suka baca kitab Muntalaq. Kitab tu banyak ajar aku tentang hakikat dakwah. Kata-kata yang aku ingat walaupun dah tiga tahun, "Dakwah itu sunnatullah. Ia akan tetap berjalan walau kita tidak laksanakan ia." Lebih kurang macam tu. Ada lagi ayat yang deep bagi aku, lebih kurang macam ni, "Kalau kita tinggalkan kerja dakwah, Allah tak rugi pun, malah Allah akan beri perhatian kepada orang lain yang buat dakwah." It was like, kita dipalingkan beb. Allah dah tak pandang kita beb. Allah bagi sepenuh perhatian pada orang yang buat dakwah. Ini dalam kes dakwah lah, Yang amal lain, lain citer, tu urusan kita dengan Allah.

So, nampak tak. Kesannya, aku rasa gerun dan takut bila mana kalau aku diuji dengan perasaan lesu, malas, tepu, rimas, suka bagi alasan semata-mata untuk elak dari turun buat dakwah. Kalau kena panggil turun program, aku risau Allah uji aku dengan mencampakkan perasaan malas nak turun on time, atau nak jawab 'on' . Moga Allah pelihara hati orang yang buat dakwah insyaAllah. Sejak dari itu, aku akan berusaha sehabis mungkin untuk buat dakwah. Bawa anak pergi program dakwah? Itu benda biasa. Orang lain pun buat. Bawa anak pergi riadah itu benda biasa, sebab riadah pun salah satu wasilah tarbiyah. Setiap kali aku bawa anak turun ke program dakwah, aku nak sangat anak aku dibiasakan dengan bi'ah (suasana) tarbiyah. Aku nak dia jadi penyambung risalah Rasulullah s.a.w. Apa yang aku buat sekarang, semua untuk masa depan anak aku. Kalau bukan ibu bapa yang mendidik, nak harapkan siapa ya? Kitalah yang berperanan untuk tanam benih tarbiyah dalam hati anak kita.

So aku rasa sampai sini sajalah perkongsian wakil untuk tahun 2018. Terima kasih semua, yang masih sudi bersama hingga kini. Sekarang nak fokus azam baru pula. Nanti aku update next entry apa azam 2019 aku, yang pasti besar nilainya.

Terima kasih Allah untuk 2018 yang bermakna ini :)


You May Also Like

1 comments

  1. nicely written *heart eyes* moga akak teruskan usaha dakwah akak

    and may I be and have a strong will and iman to preach about Islam too. amin

    have a bless new year, kak

    ReplyDelete