Diary Zhrhs : Ujian Itu Tanda Allah Sayang?

by - June 17, 2019

Assalamualaikum semua.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1PIZl2FTy4Nwbk0VIFf8XgDFZmedlpI3f

Kenapa dalam hidup ini, ada ujian? Kenapa tak smooth je? Kenapa tak bahagia je selalu? Kenapa mesti ada sedih, kenapa mesti orang yang kita sayang tinggalkan kita, kenapa Allah ambil mak ayah kita di saat hidup kita perlukan mereka? 

Kenapa?
Kenapa??

Saya yakin semua orang pernah mempersoalkan perkara sebegini. Di saat kita diuji dengan berat dan kita sangka ujian itu melangkaui kemampuan kita, saat itu sebenarnya Allah mengenalkan kita dengan sifatnya iaitu Ar-Rahman dan Ar-Rahim. 

Perasan tak, bila kita sedih lama-lama kita akan rasa nak cari 'sesuatu'. Sesuatu yang boleh calm ourselve. Sesuatu yang kita rasa boleh tolong kita. Sebagai orang Islam, kita ni sebenarnya dah terlalu hidup senang. Senang je bila sedih kita tahu nak cari siapa. Siapa lagi kalau bukan Allah?

Bila kita diuji, Allah hadirkan perasaan sedih pada kita, Allah beri kita rasa resah, Allah beri kita rasa yang kita tak suka! Kenapa? Sebab, saya teringat satu ayat ni yang sampai sekarang saya sangat terkesan. 

"Kita tak suka sedih, tapi hanya bila sedih saja mampu bawa kita cari Allah."

Manusia, bila susah, bila sedih, bila ditimpa musibah, barulah hati itu sepenuhnya seolah diberi signal untuk cari Allah. Kerana itulah, Allah beri ujian pada kita. Dalam ujian itu, ada elemen-elemen yang mampu menjadi penarik dan penolak untuk kita segera kembali pada Dia.

Itulah makna di sebalik "Allah uji tanda Allah sayang".

Sebab Dia sayang kitalah Dia nak kita kembali pada Dia. Dia nak kita cari Dia, bukan berterusan menangis. Menangislah, meraunglah macam mana pun, kalau Allah dah takdirkan mak ayah kita pergi, mereka tak akan kembali. Itulah sifat manusia, hanya sementara. Dan Allah mahu kita tetap bersama Dia walau kita berpisah dengan manusia yang melahirkan kita.

Teman, setiap manusia tak akan berhenti diuji. Setiap detik, setiap saat, latihlah hati untuk bersedia untuk diuji. Orang yang hatinya bahagia adalah orang yang hatinya sentiasa redha dengan apa jua ujian yang Allah beri pada dia. 

You May Also Like

0 comments