Pengalaman Photoshoot for Majalah Hijabista!

by - June 17, 2019

Assalamualaikum

Rajin pula malam-malam ni nak update blog, yelah sebab anak dah tido. Ini jelah peluang yang ada. 

Kalau dekat instagram (@zhrhs) , i memang aktif update dekat story dengan feed. So macam warga blogger kesian pula tak tahu story kan. Hewhew.

30 Mei 2019 haritu i dijemput untuk photoshoot majalah Hijabista. Nama akak yang whatsapp tu Kak Reen. Tak tahu mana dia jumpa number. Tapi, tak kesahlah hehe. This is my first time photoshoot wei. Tak pernah lagilah photoshoot untuk majalah. Memang kalau korang tengok gambar entah hape-hape, maafkan saya haha. Dah lah awkward. Shooting dekat Karangkraf seksyen 15 tu. Dekat je dengan rumah. Kalau nak panggil lagi pun boleh hahahah. 

Oh and time tu i photoshoot dengan kawan i masa dekat CFS IIUM dulu. Ain Afini! Korang mesti kenal kan hehehe. Time photoshoot tu dia tengah mengandung 8 bulan. Alhamdulillah, dia dah bersalin pun, dapat baby boy. Geng dengan Zhareef!

So apa yang terjadi ialah, Kak Reen just interview melalui whatsapp dengan bagi soalan dan i just perlu jawab jelah. So topik yang diberi ialah 'Pengalaman Berniqab dan Cabaran Sepanjang Memakainya.'

I cerita banyak jugalah daripada permulaan sampailah nasihat untuk para niqabis di luar sana. So siapa yang nak tahu tentang apa yang i share, boleh beli majalah Hijabista edisi Julai nanti. 

Before shooting, ada MUA yang akan touch up muka kitorang. So bab macam ni i memang nervous sikit. Bukan nervous nak kena make up, tapi nervous takut terceramah! Aduhai, memang terjadi pun.. kisahnya i tolak untuk pakai eyelashes je. Tu je. Dan i faham akak MUA tu maybe atas dasar kerja kan, tapi dia faham je yang i tak nak pakai eyelashes tu.

Alhamdulillah. Lepas habis touch up tu i tanyalah zauj i, "ok tak? tak tebal sangat kan?" Nasib dia pun kata ok je. Fuhh. And lepas selesai touch up, i sempat bagi akak MUA tu buku 'Muslimah Yang Tersingkir'. Hopefully akak MUA dapat manfaat dari buku tu. Sikit pun takpe. 

Selesai photoshoot, i masuk kereta otw nak balik tu tetiba zauj cakap, 

"Eh tapi abang tak sangkalah sayang seberani itu."

"Seberani apa?"

"Yelah, sayang berani tolak kot nak pakai eyelashes. Dah lah tu photoshoot pertama saya. Pastu demand pula tak nak pakai eyelashes bagai." 

I gelak jelah. Yep, itulah diri i. Tak boleh deny, kat mana-mana pun i dicampak, kalau prinsip i macam tu, tetaplah macam tu.

Semoga kita semua menjadi seorang muslimah yang teguh pendirian. Jangan takut pada kebenaran, malah kalau kita niatkan nak fahamkan orang tu, insyaAllah Allah akan izinkan dan mudahkan orang tu untuk terima kita. 


Nantikan majalah Hijabista edisi Julai. Akan terpampang seorang Zhrhs buat pertama kalinya dalam majalah hahaha.

Thanks for reading!


You May Also Like

0 comments