BAWA FAMILY KE AQUARIA KLCC (TIPS DAPAT HARGA TIKET MURAH!)

by - September 24, 2019

Assalamualaikum semua!



Minggu lepas sis saja jalan-jalan ajak suami dan mama sis pergi Aquaria, KLCC! Ye, sis tahu
bukan sis sorang je first time pergi :P

Kebetulan waktu tu tengah free and takde buat apa pun dekat rumah, maka lepas selesai je solat Zohor kami terus keluar rumah. Itulah waktu yang paling sesuai kalau nak berjalan sebab dah ready siap solat dekat rumah. Gituuu. 

So perjalanan mengambil masa selama 1 jam jugalah nak sampai ke KLCC. Tambah tolak jem dan sesat, jadilah 1 jam. Ok ler tuuu. Dalam perjalanan lagi kitorang dah booking tiket dah. Haa, korang mesti pelik kan dekat mana kitorang booking. 

Sis nak share something interesting yang korang boleh share dengan family korang semua, gunalah apps KLOOK untuk booking apa-apa jenis tiket sekalipun. Confirm korang akan dapat harga yang jauh lebih murah. 

Ni lah apps Klook tu. Sis dah bagi gambar, nanti search je dan cari gambar ni ye.

Macam tiket ke Aquaria tu, harga sebenar if beli walk in RM60 tau. But if guna apps Klook tu, harga tiket dapat RM35 sahaja! Jauh murah tuuuu. Siapa tak happy kan dapat half price hehe. 




Harga tiket if guna apps Klook :

Dewasa : RM35
Kanak-kanak (3 tahun ke atas) : RM25 something
Bawah 3 tahun : Percuma 

So total kami bayar cuma RM105 sahaja! Zhareef free alhamdulillah jimat poket omak. 

Cara nak menuju ke Aquaria, KLCC for the first time :

Parking : Basement Kuala Lumpur Convention Centre

Tiket parking yang kami kena bayar (3-4 jam macam tu je kot) : RM 8

Kalau parking dekat basement tu, tak perlu lalu tunnel sebab memang dah dekat. Kalau tak tahu, korang tanya je guard yang ada kat situ. 

Boleh bawa stroller baby? Sesuai tak?

Kes macam kitorang yang ada anak yang cukup gemar berlari-lari seperti tiada hari esok, maka kami pun bawalah stroller demi keselesaan. Waktu kitorang pergi tu hari Ahad. Agak ramai juga orang. Tapi okay je orang tetap bagi laluan and tak sesak sangat. Lagipun if korang bercadang nak pergi jalan-jalan dekat Suria KLCC pula, better bawa stroller sebab jauh perjalanan dekat tunnel tu. Dalam 5-10 minit juga nak berjalan pun.

Dalam Aquaria tu yang paling best sis rasa tengok Piranha. Sebab jarang dapat tengok depan-depan! Time kitorang sampai tu, waktu tu dalam pukul 4:30 mcm tu ada session diorang bagi piranha tu makan. Staff dekat situ pun best sebab diorang cerita serba sedikit tentang ikan-ikan yang kita nak tahu. Rupanya piranha ni bukanlah kerja dia makan manusia haha, dia cuma akan makan manusia atau haiwan tu if ada sense of injury. Maksudnya kalau ada luka yang sampai keluar darah, barulah dia akan ngap kita haha, seram dekkk. 


Macam ni lah keadaan dalam tunnel tu. Ada 2 lorong kat situ. Satu untuk yang bawa stroller, satu lagi untuk yang jalan kaki tak bawa apa2. Teramat slow ye escalator tu. Dia macam saja lah buat mcm tu supaya kita menikmati suasana ikan disekeliling haha.

(Gambar ihsan google)



Yang paling excited dan ada jugak takut tengok ikan besar :P

Okay sekian post harini. Semoga bermanfaat buat semua!
Comment di bawah if korang pernah guna apps Klook ni juga! :)

#Klook 








You May Also Like

0 comments