Hikmah Penghijrahan dan Kenikmatan Niat

by - October 21, 2019

Assalamualaikum :)

Rasanya dah lama sangat tak update blog dengan perkongsian sesuatu kan? Mungkin selalu aktif dekat instagram je and dekat IG pun tak dapat tulis panjang.

Actually, sebagai tanda syukur kepada Allah s.w.t, aku sendiri rasa nak cerita serba sedikit tentang perjalanan hidup aku. Ramai yang menyangka Zahirah yang mereka kenal hari ini adalah Zahirah yang dulu. Sebenarnya... ok sebelum tu, memang betul setiap manusia tu akan menghadapi journey dalam kehidupan dia sama ada fasa penghijrahan atau lain-lain. Berkaitan ini, sememangnya ya aku yang dulu bukan lagi yang sekarang. Sangat-sangat ketara perbezaannya.

Aku tak mahu cerita tentang diri aku yang dulu bagaimana, tapi korang boleh baca buku aku 'Muslimah Yang Tersingkir 1' sebab dalam buku tu adalah serba sedikit aku flashback tentang diri aku yang dulu. Tapi selebihnya, cukuplah hanya aku dan orang yang kenal aku dahulu tahu. Kena yakin juga, setiap orang Allah berikan peluang dan cahaya hidayah untuknya kembali kepada Allah dan aku sangat yakin, ramai juga yang turut melalui fasa kehidupan yang mana ia seolah satu perubahan yang sangat ketara dalam hidup. Macam 360 darjah berubah kan?

Untuk kekal kuat dalam mengekalkan diri yang lebih baik berbanding dahulu semestinya memerlukan sesuatu yang lain daripada lain contohnya mengubah atau mencari persekitaran baru, menyertai badan NGO/Jemaah, seterusnya menyertai usrah. Ini cerita aku. Beginilah yang Allah aturkan untuk aku menjadi seperti hari ini. Bersyukur sangat sebab Allah masih lagi bagi peluang tu, even sekarang pun Allah masih lagi berikan perhatian kat aku.

Kalau dulu, mungkin semasa penghijrahan tu lebih fokuskan kepada penghijrahan hati dan pemakaian. Tetapi sejak selepas sahaja bernikah which is pada tahun 2015, aku mula aktifkan diri semula (baca: dulu pernah aktif dan hiatus kejap) dengan dakwah dan tarbiah. Ramai kenalan yang aku baru kenal. Daripada merekalah aku belajar banyak perkara. Dari isu hati, pengorbanan masa, harta, ukhwah, dan akhirnya sehingga terbit rasa ingin berjuang dalam medan dakwah dan mati syahid di jalan yang Allah redha.

Memang nampak macam islamiknya lahai~
Tapi hakikatnya kita orang Islam nak apa lagi kan? Kalau tanya nak apa, semua jawab nak syurga. Tapi percayalah ada jalan yang sangat-sangat mudah untuk dapatkan syurga. Jalan inilah yang aku cuba lalui setiap hari. Ya, setiap hari. Dari segi apa pun.

Jalan itu adalah jalan dakwah.

Tak perlu nak faham dakwah ni jauh-jauh. Fahamkan dakwah ni perlu diselitkan dengan niat kerana Allah. Everything yang kita buat setiap hari selitkan niat buat kerana Allah.

If anything happen pada diri kita sepanjang kita berdakwah, semoga syahid ganjarannya. Senang kan? InsyaAllah. Jadi, mulai saat ini pergi kemana-mana pun niatkan kerana Allah. Nak pergi kelas ke, pergi kerja, pergi kedai, pergi jalan, mana-mana lah.. niat kerana Allah dan berdakwah dalam apa jua situasi. Kalau jumpa kawan, niatkan nak dakwah dia. Kalau nak pergi kerja, niatkan kerja tu sebagai ibadah. Banyak lagi cara dan jalan yang mudah untuk kita dapatkan ganjaran pahala tu.

Akhirnya siapa yang beruntung, kita kan?

Semoga penulisan ini bermanfaat. Maaf jika ada kekurangan. Maklumlah, menulis satu entry ni pun makan masa 2 hari atas kekangan komitmen yang lain. InsyaAllah akan perbanyakkan lagi entry-entry yang menarik lepas ni!

P/S : If berminat nak beli buku penulisan saya, boleh whatsapp 011-5690 2250 atau boleh beli di mana-mana kedai buku berhampiran :)





You May Also Like

0 comments