Baby Pasta by Babylicious Mumy Rara | Food Review

by - June 20, 2019

Assalamualaikum!

Pernah dengar tak tentang baby pasta ni? 


Hari ni i dapat gift food untuk anak i. Baby Pasta from Babylicious Mumy Rara! I memang daripada dulu suka benda-benda yang senang nak masak. Idok ler nak duduk kat dapur tu lelama. Ada sekali tu yelah mencuba juga untuk jadi ibu mithali dengan memasak macam-macam jenis resepi untuk anak i tu, hmm bukan cerita tak sedap ye, dah memang tak mau, tak mau juga! 

Untuk anak macam ni, bersabar jelah. Tapi anak i sebenarnya kuat je makan. Tapi kalau lidah dia tu tetiba turn on mood kelat tak mau makan, letak tepi jelah semua makanan. 

So until one day tu, i pergi makan kat food court Aeon Bukit Raja, i try lah order Spaghetti Carbonara untuk i sendiri makan. Niat nak share je dengan Zhareef. Lepastu cuba teka apa gaissss. Dia yang makan sampai habisssss. 

Start daripada situlah i terus rasa dia memang suka benda-benda pasta and western ni. Ayoyo mak hang ni tekak melayu, tapi sukalah juga western! Tapiiii takkan nak masak spaghetti wei har-hari kat rumah tu. Jenuh nak menunggu siap rebus tu. Paling malas hahaha. 

So memandangkan jiran i dekat level bawah, kak Ida ni jual baby food. Macam macam lagilah dia jual, tapi dia bagi i baby pasta ni sebab Zhareef boleh makan ni je kan, so i try lah buat resepi ala-ala omputih. Tapi sesimple yang mungkin jer. 

Lunch tadi i masak : 

Baby Pasta + Carbonara Mushroom

Simple sangat. Rebus je baby pasta tu, dalam 5 minit macam tu dia dah lembut dah. Untuk soup, i just ambil 3 scoop prego Carbonara Mushroom, tambah air sikit dan susu dutch lady. 

Then, siap! Ready untuk dimakan. 

Dan sebelum Zhareef makan, ofcourse lah kena support ummi dia shoot gambar sat hahahah.


Berselerakan anak i hahaha.


Soup tu bukan anak je yang makan licin, ummi pun mencedok lah sikit bawa masuk mulut haha.


Ada dua jenis pasta, tapi sama je rasa dia. Yang ni shape cengkerang. 


Kalau nak funky sikit, bagi anak acah-acah makan bintang di langit, haa bagi yang shape bintang ni.

Harga dan kat mana nak beli?

Sekarang ni ada kombo murah gais, beli 3 pack ni (100grams) dapat RM10 sahaja. Murah sangat. Sesuai nak bawa pergi travel. Nak masak pun senang. 

Boleh order dekat instagram : @babyliciousbymumyrara_store

Thanks for reading! Semoga mommies di luar sana jadi semakin rajin untuk masak and anak mommies semua berselera untuk makan lepas ni! 











You May Also Like

0 comments